Tiba-tiba sumber dari Cik Izwaashura Sadali ini menarik
perhatianku..lantas hati berkata-kata mengapa tidakku kongsikannya
bersama-sama pada yang lain. Yang mungkin ada dari salah seorang dari
kita sedang dilamun cinta?? menuntut kebahagian erti sebuah CINTA,
pengorbanan dan pengertian..Kerna itu adalah hasrat dan tema blog ini
di bina..
BUAT SI PEMBURU CINTA..
Setiap manusia akan melalui perjalanan cinta. Ada yang bernasib baik dan
tak ketinggalan juga yang keciciran dalam mengejar kebahagian. Rasa
cinta bersemi dalam diri secara semulajadi, bukan paksaan.
Cinta memang indah tapi bila cinta datang pada masa yang tidak tepat
dan pada orang yang salah, ia akan membawa masalah. Mungkin juga cinta
membuatkan seseorang itu ‘buta’ sehingga tidak tahu menilai dan membuat
pilihan yang tepat. Sebab itulah ia dikatakan salah dalam memilih
destinasi manakah harus diletakkan perasaan cinta itu.
Apabila seseorang itu merasakan ada cinta wujud dalam dirinya, secara
tak langsung ia akan mengubah paras testosteron. Ia adalah berdasarkan
sekumpulan penyelidik dari Itali yang mengkaji tingkah laku orang yang
sedang bercinta. Dimana paras hormon testosteron lekaki dan perempuan akan berubah bila mereka akan menyukai antara satu sama lain.
Namun perubahan ini tidak kekal lama dan akan kembali normal semula.
Testosteron adalah hormon seks dan menjadikan seseorang itu lebih
agresif. Itu cuma fakta sains ynag dikaitkan dengan perasaan cinta.
Namun tetap ada kebenaran dan kesahihan.
PENGORBANAN DALAM MEMBURU CINTA SEJATI.
Cinta sejati sememangnya memerlukan pengorbanan. Namun sejauh manakah
kamu memahami istilah cinta sejati? setiap pasangan pastinya mahu
menganyam impian untuk membina sebuah mahligai yang bahagia.
Namun tidak semua cinta itu diakhiri dengan gerbang kebahagian. Ada
orang bertahun-tahun menyulam kebahagian, namun kucundang jua akhirnya.
Ada juga yang hanya bertemu seketika, lalu jatuh cinta dan mampu
mempertahankan kebahagian sehingga ke akhir hayat. Hanya takdir yang
mampu menjawab persoalan sebegini.
Pengorbanan yang dimaksudkan ialah mungkin kamu harus melakukan
sesuatu perubahan dalam diri. Semua ini untuk menjami, perhubungan. Ada
kalanya kamu juga terpaksa mengetepikan keegoan dan menangkis sikap
keras kepala. Ada juga mungkin kamu terpaksa mengubah diri tetapi
haruslah secara positif dan penuh keikhlas.
Jangan memaksa diri melakukan sesuatu dengan penuh keterpaksaan, jiwa
akan terseksa. Jika kamu mencintai seseorang, usah mengharapkan si dia
akan mengasihani kamu sebanyak perasaan kamu terhadapnya. Tetapi kamulah
yang perlu memberi lebih kasih sayang dan sanggup berkorban.
BIARKAN IA BERLALU PERGI
Ada orang yang gagal melupakan cinta terdahulu sehinggakan sanggup
menutup pintu hati untuk orang lain. Walaupun di hati mahu cinta itu
diteruskan, tetapi apakan daya andai takdir menentukan kisah cinta itu
terpaksa dileraikan. Pasti ada sebab!!. Ironinya, terimalah penentuan
itn dengan hati yang terbuka.
Lupakanlah cinta terhadap bekas kekasih kerana cinta kamu ini hanya
akan membunuh segala rasa yang tersisa. Bila mencintai seseorang dengan
setulus hati, pastinya kamu mahukan si dia sentiasa bahagia biar pun
kamu tidak mampu memilikinya. Biarkan bekas kekasih kamu bergembira dan
membentuk hidupnya dengan cara ynag tersendiri.
Untuk apa anda tangisi sebuah perpisahan yang sudah terjadi. Bukankah
itu sudah ditentukan dan apa yang pasti kamu harus akur pada keadaan
tersebut. Mungkin ini bukan masanya kamu bertemu dengan seseorang yang
sesuai.
Ingat, takdir telah menentukan dia bukan pasangan kamu yang abadi dan
pastinya kamu akan berjumpa dengan insan yang lebih istimewa. Cinta
tidak pernah memilih. Cinta juga mungkin akan membuatkan kamu menangis
dan menderita kerananya. Akan tetapi lukanya akan jauh lebih parah bila
akhirnya kamu menyedari bahawa selama ini kamu kurang mengambil
perhatian ketika bercinta.
Namun usahlah menyesal sebaliknya jadikan apa yang berlaku sebagai
pengajaran yang mampu mematangkan fikiran. Tuhan tidak akan menduga
hambaNYA di luar keupayaan dan kemampuan seseorang. Jika kamu
menghadapai situasi sulit ini, maka tempuhilah ia dengan perasaan yang
tabah dan terbuka.
Tidak usah kamu menyulitkan lagi keadaan kerana ia boleh
menenggelamkan kamu dalan fikiran yang salah. Lalu ‘menghumban’ diri
kamu ke lembah penderitaan yang begitu memeritkan.
Sunday, 18 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment